1. Blancpain 1735 Grande Complication -USD 800,000
Setiap pemakai mencerminkan identiti mereka. Mungkin salah satu jam yang menggambarkan sifat 'gentleman' seorang pemakai itu dinilai oleh jam ini.
Material jam ini adalah 100% diperbuat dari platinum serta tali jam ini adalah 100% diperbuat dari kulit buaya.
Setiap komponen model ini direka dengan teliti bagi mengekalkan identiti jam tangan buatan tangan(Hand-Made). Maka tidak hairanlah Blancpain 1735 dijual dengan harga USD 800,000.
2. Louis Moinet Magistralis - USD860,000
Selain memberikan nilai eksklusif kepada pemakai, apa yang lebih unik lagi adalah Louis Magistralis diperbuat daripada sebahagian batu meteorit.
Dan disebabkan material yang terdapat pada jam inilah ia dijual dengan harga USD860,000.
Louis Moinet adalah pencipta jam yang berasal dari Bourges, Perancis dan telah mengasaskan jam ini sekitar tahun 1806.
3. Hublot Black Caviar Bang - USD 1 juta
Hublot adalah salah satu pengeluar jam Swiss paling mewah di dunia telah diasaskan pada tahun 1980 oleh pereka Itali Carlo Crocco.
Setiap model dari Hublot menjanjikan suatu yang menakjubkan kepada pemakai. Dan tidak hairanlah Perdana Menteri Malaysia turut memiliki salah satu model jam tangan paling eksklusif ini.
Hublot Black Caviar Bang ditatahkan berlian hitam dan bahagian sarung pula diselaputi material emas putih 18 karat.
Jam ini dijual pada harga USD 1 juta.
4. Chopard Super Ice Cube - USD 1.1juta
Sekali pandang ia seumpama ukiran ais halus diukir menyelaputi jam ini. Chopard Super Ice Cube adalah jam tangan wanita yang diletakkan puluhan butir potongan berlian disekelilingnya.
Jam tangan wanita yang bertatahkan berlian ini dijual pada harga USD 1.1juta.
Siapa sangka jam semahal ini pasti akan ada yang sanggup untuk mendapatkannya.
5. Patek Philippe Sky Moon Tourbillon - USD 1.3juta
Patek Philip Sky Moon Tourbillon adalah satu-satunya jam tangan paling kompleks di dunia yang pernah dihasilkan.
Digelar jam tangan ultra-mewah kerana setiap pembuatannya amat eksklusif dan setiap pengeluaran bagi sesebuah model adalah terhad.
Harganya seumpama seperti lukisan Picasso dengan nilai USD 1.3juta.