Sunday 12 November 2017

TIPS BERHENTI MEROKOK!

TIPS BERHENTI MEROKOK!




Sihat sepanjang hayat. Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan kepada hampir setiap organ dan tisu badan.

Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana:

Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:-
Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak
Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
Mendapat asma



Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?

Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:

Panjang umur
Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.

Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya
Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.

Mencegah penyakit
Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok

Kehidupan yang lebih sihat
Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok



Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain
Bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan

Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
Meningkatkan deria bau dan rasa
Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
Menjimatkan wang
Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).

Melindungi alam sekitar – Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
Meningkatkan kesuburan.
Meningkatkan tahap ‘kelakian’




PERINGATAN! LELAKI SUKA “MEMBELI SEKS” ADA PERSAMAAN DENGAN PEROGOL

PERINGATAN! LELAKI SUKA “MEMBELI SEKS” ADA PERSAMAAN DENGAN PEROGOL





Kaum lelaki yang gemar membeli seks, menurut penelitian mempunyai empati yang kurang pada perempuan yang diajak berhubungan berbanding lelaki yang tidak membeli seks. Lelaki yang suka “membeli”,  juga menurut penelitian itu lebih besar kemungkinannya mempunyai catatan jenayah pemerkosaan dan keagresifan seksual lainnya.


Penelitian ini adalah penelitian yang dilakukan di wilayah Boston, dengan meneliti hampir 101 lelaki yang suka “membeli” dan 101 lelaki yang tidak suka membeli. Identiti sumber dalam penelitian ini dirahsiakan, sedangkan penelitian ini diterbitkan akhir Ogos tahun lalu dalam Journal of Interpersonal Violence.



Penelitian ini diterajui oleh Neil Malamuth yang merupakan tenaga pengajar di UCLA.  “Penelitian kami menemukan bahawa lelaki yang suka “membeli” ini memiliki persamaan karakter dengan lelaki yang gemar melakukan jenayah seksual,” kata Malamuth yang mengajar komunikasi dan psikologi.

“Dua kelompok itu (yang suka beli dan yang agresif) cenderung untuk mempunyai kegemaran untuk melakukan hubungan seks tanpa ada “perasaan” kemungkinan kerana rasa takut ditolak oleh perempuan, punya masalah jenayah seksual, dan merasa bahawa dirinya adalah “lelaki” yang sedemikian.