Wanita China memiliki kulit mulus dan lembut seperti bayi. Kulit seperti ini menjadi idaman setiap wanita.
Pasti ramai yang tertanya-tanya rahsia kecantikan wanita Cina. Kebanyakan mereka masih mengamalkan perawatan tradisional yang bebas dari bahan kimia.
Bukan itu saja, mereka sangat menjaga waktu tidur dan masuk tidur selewat-lewatnya sebelum jam 12 malam untuk mencegah kulit dari berkedut.
Ini antara rahsia kecantikan wanita China yang anda boleh lakukan di rumah!
1. Air beras sebagai toner kulit
Air beras sangat bagus untuk kulit. Wanita China masih mengamalkannya sehingga kini. Air beras mampu menutup pori-pori terbuka pada kulit anda, membuatkan lebih cerah.
2. Masker wajah kacang hijau
Wanita China membuat sendiri masker kacang hijau untuk mengurangkan bengkak wajah dan merawat jerawat.
3. Tidak mencampurkan produk tradisional & moden
Wanita China tidaklah terlalu kuno sehingga tidak menggunakan produk moden. Bezanya mereka tidak mencampur adukkan produk kerana bimbang ianya akan merosakkan kulit.
4. Urutan batu Jade
Urutan ini dilakukan dengan menggosok lembut pada kulit wajah. Ia mampu menanggalkan menghilangkan sel-sel mati, meningkatkan sirkulasi darah, mengurangkan garisan halus dan merawat cela wajah.
5. Teh Hijau untuk awet muda
Minuman teh sudah sinonim dengan masyarakat Cina. Menariknya amalan ini membantu mereka untuk tampil awet muda. Teh hijau dipercayai mengandungi anti-oksidan tinggi dan meningkatkan daya metabolism badan.
6. Kulit cerah dengan daun pudina
Inginkan kulit cerah, hanya lumatkan daun pudina dan tepek pada kulit wajah anda. Cara semulajadi ini sangat bagus dalam merawat cela dan juga memberi kecerahan pada kulit. Memang sangat berkesan. Tanpa bahan kimia dan dijamin selamat.
No comments:
Post a Comment