Wednesday 25 January 2017

95 peratus emas Malaysia dari Kuala Lipis

95 peratus emas Malaysia dari Kuala Lipis 

Aktiviti pelombongan emas di Malaysia hanya terhad di beberapa tempat dan kawasan yang dikenali sebagai jalur tengah yang terbentang dari kawasan tanah tinggi Batu Melintang Jeli di Kelantan sehingga Gunung Ledang di Johor. 

Lombong terbesar dan paling masih aktif di negara ini ialah di Penjom, Kuala Lipis. Ia mengeluarkan hampir 95 peratus pengeluaran emas di Malaysia. Tempat lain yang masih aktif adalah di Selinsing, Damar Reef dan Tersang juga di negeri Pahang.

Selain itu, masih terdapat  lima lagi  lombong di Jeli serta enam lombong disekitar kawasan Raub dan Kuala Lipis di Pahang masih digali untuk aktiviti perlombongan komersial. Perjumpaan terbaru dibuat di Jalur Timur iaitu di kawasan Mersing di Johor dan Lubuk Mandi di Terengganu.- Kosmo 

MAKLUMAT







jongkong penjom gold mine 13 kg

Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi ini Ianya dapat mengisi  dua  kolam renang saiz olimpik. 

Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram). 1 gram bersamaan RM 171. Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah. 

Mengikut Sejarah siam, Raja Suryavarman II membawa 700 ekor gajah untuk membeli emas dengan pemimpin Melayu di Raub, Pahang bagi membina Angkor Wat pada pertengahan abad ke 12. 

ketul emas

lombong emas


No comments: