Tuesday, 2 January 2018

Belajar Tentang Emas / Gold


Emas meupakan satu unsur logam dengan nombor atom 79 dan memiliki simbol 'Au'. Nama emas atau 'Gold' asalnya datang daripada satu Bahasa Inggeris Lama yang membawa erti 'warna kuning' , manakala, simbol itu datangnya daripada Huruf Latin 'aurum', yang bermaksud “subuh berkilat".

Mengikut sejarah, sejak dari zaman purba,emas bersama-sama dengan raksa, sulfur, tembaga, perak, dan timah telah digunakan seawal 6000 BC.

Barangan emas yang keemas-emasan, sebagai contoh gelang-gelang dan cincin, serta pelbagai perhiasan lain diketahui telah di jumpai pada tamadun-tamadun lama sepeti Orang-orang Mesir, Rakyat Greece, Mesopotamians, dan Orang-orang Rom.

Tahukah anda lagi, pada zaman ini, sebenarnya, hanya lebih kurang 65% sahaja emas yang digunakan sebagai barang kemas. Emas sebenarnya turut digunakan dalam industri pembuatan yang lain seperti perindustrian Seramik, elektrik dan aplikasi-aplikasi elektronik yang lain.

Kandungan emas di muka bumi adalah terhad. Oleh itu, semakin tinggi permintaan, semakin tinggi harganya di pasaran dunia.





Apakah lebihnya emas berbanding logam-logam yang lain?

Selain memiliki kepentingan dalam industri sebagai bahan mentah, emas juga memiliki ciri-ciri istimewa yang unik.

1) Emas tidak boleh dimanipulasikan.

2) Emas sukar diperolehi dan bekalan nya amat terhad.

3) Nilai yang terpelihara dan kekal.

4) Emas tidak boleh dimusnahkan dan sukar dileburkan.

5) Warna kuning yang menarik dan tidak mungkin luntur.

6) Harga emas sentiasa meningkat dari semasa ke semasa.

No comments: