Harga Emas di pasaran dunia – yang naik SETIAP TAHUN, DALAM 10 TAHUN TERAKHIR INI – dijangka kini untuk terus melonjak. Dan harga Perak, the poor man’s Gold, akan terus jadi pak turut naik juga. (Apabila orang kata harga Precious Metals ni naik ke harga itu, yang dimaksudkan ialah Pure Gold and Pure Silver. (Iaitu 24k Gold, bukan 22k Gold yang dipakai datin. Tapi jika pure gold naik, tentunya 22k gold pun naik sama). Dalam pasaran antarabangsa, harga Precious Metals diukur dalam ounce, oz. Ini ukuran lama, tapi masih terus digunakan secara meluas di pasaran precious metals Amerika.
Jika nak ikuti pasaran Precious Metals ni, antara yang selalu saya baca ialah sini dan sini. Juga sini. Awas! Jangan pula kamu percaya semua yang kamu baca di sini, sebab ada laporan ditulis oleh syarikat/orang yang MENJUAL emas dan saham emas, dan precious metals yang lain. Kita baca nak dapatkan info bukan termakan umpan.
Pasaran emas terbesar ialah yang didagangkan di CME. Dulu namanya Chicago Mercantile Exchange, bursa paling besar di dunia menjual macam-macam futures contract. Kini dah jadi CME Group; bursa saham KL pun ada talian dengan mereka. Yang dijual di Chicago ni, pasaran hadapan (futures market) macam-macam –
Balik ke cerita emas.
Yang pasti, nampaknya kekhuatriran saya mengenai ekonomi dunia beterusan. Lihat widget Eye on Inflation dan Eye on Financials. Harga minyak terus JATUH. Begitu juga harga sawit! Dan matawang Euro pun jatuh sebab ramai khuatir dengan masalah hutang-piutang Greece merebak ke negara Eropah lain, seperti yang saya tulis beberapa hari lalu. Pelabur yang lari dari Euro membeli US Dollar – sebab tu matawang Amerika naik sejak seminggu ini.
Tapi mereka kemudian berkata – Eh! Ekonomi Amerika mungkin lebih teruk lagi brader! Dia kan banyak hutang juga???
America’s debt is the highest debt ever recorded in human history! Nanti mati kita membeli matawang depa, kata mereka! Lalu pelabur dan spekulator lari membeli Emas, Perak dan precious metals lain! Mereka takut selepas Greece, Portugal, Spain, Italy, merebak pula ke Amerika.
TAMBAHAN 9MLM.
Pelabur lari ke Emas dan Perak kerana besi ni ada intrinsic value. Cakap mudah: Kalau dunia ‘nak kiamat’ pun, dan wang ringgit dah tak laku, emas dan perak tetap ada harga. Itulah namanya Safe Haven buying. Apabila pelabur tak percaya dengan kestabilan ekonomi dunia, dengan matawang dunia, dengan sovereign bonds dan takut harga minyak jatuh, mereka rasa lebih selamat jika membeli emas dan perak. Dan Perak, juga Palladium naik harganya sebab Emas dah mahal.
Lagipun, jika ekonomi dunia terus berkembang – terima kasih kepada China, India dan Brazil – maka penggunaan perak dan palladium akan terus meningkat. Kedua-dua metals ini digunakan dalam barangan industrial. Baik TV, komputer, kereta, telefon bimbit semua gunakan perak. Dan palladium digunakan dalam catalytic converter setiap kereta yang dipasang.
OK cukuplah tu.
Nasihat kosong: Jika anda ada barangan kemas tak pakai, JUAL datin! Tunggu apa lagi. Nanti bila harga emas jatuh semula, boleh beli. Selain itu, baik kita berdoa ekonomi dunia terus stabil.
[NOTIS PENTING: Ini borak-borak blog, BUKAN inducement atau enticement untuk melabur. Saya tak ada lesen nak mengajak atau memujuk anda melabur. Saya juga tak ada berkepentingan nak suruh anda letak wang dalam dunia pelaburan – REMGOLD].
No comments:
Post a Comment