Saturday 3 February 2018

Lapan tahun tinggal di lapangan terbang

Lapan tahun tinggal di lapangan terbang



SINGAPURA - Kekurangan wang memaksa seorang wanita tinggal di Lapangan Terbang Changi disini sejak lapan tahun lalu, lapor akhbar harian berbahasa cina, Lianhe Wanbao.

Wanita itu antara lebih daripada 10 orang sepenuh masa tinggal di lapangan terbang itu.

Wanita berusia 50an itu yang tidak mahu dikenali memberitahu akhbar itu, sebelum itu dia menyewa di sebuah flat tiga bilik di Tampines lapan tahun lalu dan kemudian berpindah ke lapangan terbang ini.

Menurut wanita itu, dia dilanda masalah kewangan pada tahun 2008 dan mempunyai masalah aliran tunai dan terdesak melakukan demikian.

Pada mulanya, wanita itu hanya tinggal untuk beberapa malam namun kini telah berbuat demikian sejak lapan tahun.

Kini dia bersama troli yang penuh dengan barangannya seperti pakaian, telefon, makanan dan keperluan harian yang lain.

Kebiasaannya dia akan makan di medan selera di lapangan terbang itu dan berkata, tinggal di sana agak mudah kerana dilengkapi kemudahan lengkap seperti pasara, bilik mandi, penghawa dingin dan Wifi percuma.

"Saya bercadang untuk memiliki dua unit bilik yang lebih kecil untuk menjadikan kehidupan lebih mudah," katanya.

Changi Airport Group berkata, kakitangannya yang melihat individu yang berbuat demikian akan bertindak mengarahkan mereka untuk tidak berbuat demikian.

"Kami akan bekerjasama dengan agensi-agensi seperti Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga, serta Pusat Khidmat Keluarga, untuk mencari cara terbaik untuk membantu mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, terdapat beberapa kes dilaporkan berkhemah di Lapangan Terbang Changi.

Dua tahun lalu, pasangan gelandangan tinggal di lapangan terbang untuk beberapa bulan menjadi perhatian dan menjadi berita utama di Singapura, lapor Asia News Network.

No comments: