Wednesday 8 March 2017

“Anak Tiri Panggil Saya Mummy Princess”- King Coco

“Anak Tiri Panggil Saya Mummy Princess”- King Coco


Instafamous yang sering mencetus kontroversi iaitu Kingcoco mengakui, dia tidak menyangka dirinya akan hamil sebegitu cepat.

Menurut laporan Astro Gempak, Coco atau nama Marshaira Ismail, 20, berkata dia seperti sedang bermimpi apabila mengetahui berita gembira tersebut.

“Rasa macam mimpi pula, tak sangka secepat ini saya mengandung.

“Pada mulanya saya merancang untuk mengambil anak angkat sebagai peneman kerana suami selalu tiada di rumah.

“Lagipun kami merancang untuk mempunyai zuriat sendiri dalam tempoh dua tahun selepas berkahwin tapi ini rezeki Allah.

Menurut Coco, dia sangat sukakan kanak-kanak dan sangat rapat dengan anak-anak tirinya.

“Saya tidak pernah tolak. Memang saya sukakan kanak-kanak malah, anak-anak tiri saya pun sangat rapat dengan saya sampai memanggil saya dengan nama Mummy Princess.''

Buat masa sekarang dia tidak mengalami lagi alahan yang teruk atau mengidam yang bukan-bukan. Malah dia menyimpan hasrat untuk mempunyai 2 orang anak dan kini sudahpun membuat perancangan untuk anak anak yang bakal dilahirkan nya.

No comments: