Monday, 7 August 2017

Demi Nak Jumpa Mak, Sanggup Jalan Puluhan Kilometer Dari Sungai Buloh Ke Bukit Jalil Redah Gelap

Demi Nak Jumpa Mak, Sanggup Jalan Puluhan Kilometer Dari Sungai Buloh Ke Bukit Jalil Redah Gelap




etika ramai masih dibuai mimpi indah, dua orang kanak-kanak ini yang berbaju tidur dijumpai berjalan kaki di Saujana Utama, Sungai Buloh di Selangor untuk ke Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada pagi Ahad lalu,


kedua-dua beradik yang berumur lapan dan sepuluh tahun ini dilihat tidak menghiraukan keadaan gelap dan sunyi selain risiko dikejar anjing liar atau pun penjenayah di mana mereka nekad menuju ke destinasi mereka tujui yang jaraknya puluhan kilometer itu.

Nasib mereka agak baik selepas ada seorang lelaki yang prihatin kebetulan memandu kereta melalui jalan tersebut berhenti dan ke mana mereka hendak pergi pada awal-awal pagi gelap itu.

“Pakcik boleh tolong hantarkan kami ke Bukit Jalil, nak jumpa mak,” jawab salah seorang daripada kanak-kanak terbabit dengan muka sedih sehingga mengundang simpati.

“Jauh dik, pakcik nak pergi tempat kerja ni. Biar pakcik bawa adik ke balai polis dan abang polis tolong hantarkan,” pujuk lelaki tersebut dalam insiden pada kira-kira pukul 6.50 pagi itu.

Ahmad Nazri Zainudin, 38, berkata, dia telah menghantar dua kanak-kanak tersebut ke Balai Polis Saujana Utama untuk diserahkan kepada penjaga mereka.




Pihak Balai Polis Saujana Utama yang dihubungai telah mengesahkan insiden itu di mana pihak polis telah mengambil butiran peribadi Nazri dan menghubungi penjaga kanak-kanak berkenaan.

“Mereka diambil oleh wakil penjaga dari Rumah Aman, rumah kebajikan di Saujana Utama pada kira-kira pukul 9 pagi. Laporan polis juga telah dibuat,” kata jurucakap polis.

Sementara itu, Pengasas dan Pengarah Rumah Aman, Abdul Rehman Dakri ketika dihubungi mengesahkan kedua kanak-kanak itu merupakan adik beradik yang baru sahaja dihantar ke rumah kebajikan berkenaan.

Menurut beliau, insiden ini berlaku mungkin kerana mereka berdua masih belum biasa dengan suasana disiplin di Rumah Aman di mana pelbagai aktiviti diatur untuk setiap penghuni.

“Mereka masih mempunyai ibu dan ayah yang tidak berkemampuan dan mereka dihantar ke sini untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. 

“Mereka mungkin tak biasa hidup dalam suasana seperti asrama yang ada jadual dan peraturan walaupun kami menyediakan makan minum dan tempat tinggal serta kemudahan pendidikan,” katanya.

Untuk maklumat Rumah Aman yang ditubuhkan sejak 2005 untuk anak-anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik di mana kini bagi cawangan Saujana Utama telah menempatkan kira-kira 55 penghuni.



Beliau menambah, rumah kebajikan itu dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar bangunan dan akan memastikan kakitangan memantau setiap penghuni. 

“Bagaimanapun, saya memohon maaf di atas insiden yang berlaku pagi tadi. Kami akan memastikan kejadian tidak berulang. Jangan risau mengenai kanak-kanak ini kerana penghuni yang masih mempunyai ibu atau bapa boleh melawat mereka sekali setiap bulan.

No comments: