PERINGATAN! LELAKI SUKA “MEMBELI SEKS” ADA PERSAMAAN DENGAN PEROGOL
Kaum lelaki yang gemar membeli seks, menurut penelitian mempunyai empati yang kurang pada perempuan yang diajak berhubungan berbanding lelaki yang tidak membeli seks. Lelaki yang suka “membeli”, juga menurut penelitian itu lebih besar kemungkinannya mempunyai catatan jenayah pemerkosaan dan keagresifan seksual lainnya.
Penelitian ini adalah penelitian yang dilakukan di wilayah Boston, dengan meneliti hampir 101 lelaki yang suka “membeli” dan 101 lelaki yang tidak suka membeli. Identiti sumber dalam penelitian ini dirahsiakan, sedangkan penelitian ini diterbitkan akhir Ogos tahun lalu dalam Journal of Interpersonal Violence.
Penelitian ini diterajui oleh Neil Malamuth yang merupakan tenaga pengajar di UCLA. “Penelitian kami menemukan bahawa lelaki yang suka “membeli” ini memiliki persamaan karakter dengan lelaki yang gemar melakukan jenayah seksual,” kata Malamuth yang mengajar komunikasi dan psikologi.
“Dua kelompok itu (yang suka beli dan yang agresif) cenderung untuk mempunyai kegemaran untuk melakukan hubungan seks tanpa ada “perasaan” kemungkinan kerana rasa takut ditolak oleh perempuan, punya masalah jenayah seksual, dan merasa bahawa dirinya adalah “lelaki” yang sedemikian.
No comments:
Post a Comment