Monday, 28 May 2018

“Kalau Jumpa Azrul, Suruh Pakai Cawat Besi Di Mata”

“Kalau Jumpa Azrul, Suruh Pakai Cawat Besi Di Mata”




Pasti ramai yang tahu berita tular tentang Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah yang ditegur oleh seorang pemanggil di talian dikenali sebagai Azrul mengenai cara penampilannya.

Menerusi talian tersebut, Azrul menegur Nurul Izzah untuk lebih berhati-hati kerana kadang-kadang tudung yang dipakai akan terselak dan menampakkan ‘bahagian’ yang tidak sepatutnya.


Isu tersebut menjadi topik perbualan hangat di media sosial dan turut tidak disenangi oleh Ahli Pelimen Muar, Syed Syaddiq yang turut memberi respon mengenai isu tersebut dengan mengatakan jika beliau berjumpa dengan pemanggil tersebut, beliau akan memintanya untuk memakai cawat besi dimata.


Syed Saddiq turut meluahkan rasa kagum terhadap Nurul Izzah yang sabar berdepan dengan situasi tersebut.

Dalam pada itu, rata-rata netizen berpendapat teguran lelaki itu berbaur sensitif dan ianya mengundang kemarahan orang ramai terutamanya golongan lelaki. Ada juga yang menyifatkan ianya merupakan gangguan seksual.


No comments: