Selain herba tongkat ali yang sangat popular di kalangan lelaki Melayu, terdapat satu daun herba dari China yang mempunyai khasiat yang sama untuk kesihatan seksual lelaki.
Epimedium Sagittatum atau nama panggilannya ‘Herba Daun Kambing’ dijumpai oleh pengembala kambing di China secara kebetulan apabila mendapati tingkah laku seksual ternakan mereka berubah menjadi aktif setiap kali memakan tumbuhan tersebut.
Di kalangan masyarakat China, tumbuhan ini terkenal sebagai herba yang merangsang nafsu berahi untuk lelaki dan wanita. Dalam ilmu perubatan mereka, Herba Daun Kambing yang juga dikenali dengan nama Horny Goat Weed atau Ying Yang Huo dalam bahasa Mandarin turut digunakan untuk merawat masalah buah pinggang, sendi, limpa dan sakit belakang serta masalah berat badan.
Kandungan flavoid dikatakan berupaya meningkatkan stimulasi kepada deria rasa, terutamanya di bahagian kelamin dan kegunaannya dikatakan membantu meningkatkan kemahuan seksual selain bertindak untuk aktiviti “copulation” dan tahap hormon testeron.
Testeron merangsang bahagian tengah minda yang menggalakkan tingkah laku seksual kepada lelaki dan wanita. Beberapa kajian yang dijalankan telah membuktikan tindakbalas yang dilakukan oleh Epimedium, malahan dilihat dapat membantu kualiti seks individu dan disarankan kepada wanita yang mengalami keadaan dingin seks.
Ia juga dipercayai meningkatkan tahap prestasi seksual kepada pesakit yang menjalani hemodialisis akibat kegagalan fungsi ginjal. Walaupun tidak dapat difahami bagaimana Epimedium ini bertindak secara khusus, ianya mungkin disebabkan enzim yang dipanggil acetylcholinesterase yang membantu penghantaran sel neuro cholinergic yang dikaitkan dengan keinginan seksual dan semestinya tumbuhan ini digunakan sejak berzaman untuk mengembalikan keinginan seksual kepada lelaki dan wanita.
Namun, pengambilan yang berlebihan (lebih dari 10 cawan sehari) akan mengakibatkan rangsangan berlebihan seterusnya memberi kesan kepada keadaan jantung. Elakkan pengambilan Epimedium berserta dengan ubat darah tinggi dan jantung.
No comments:
Post a Comment