Saturday, 7 July 2018

Dia Masih Keliru – Anak Minta Berlakon Buka Tudung, Luahan Zarina Zainuddin Yang Menyentuh Hati

Dia Masih Keliru – Anak Minta Berlakon Buka Tudung, Luahan Zarina Zainuddin Yang Menyentuh Hati




Baru-baru ini, Zarina Zainuddin menerusi laman Instagramnya memuatnaik video beliau dipukul salah seorang anak lelakinya, Muhammad Raizal Azrai atau Azal, 21. Ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Zarina dan mendoakan Zarina sentiasa tabah.

Perkongsian Zarina mengenai suka duka perjalanan hidupnya membesarkan anak-anak kepada Harian Metro ini sangat menyentuh hati.


Pada mulanya dia bertanya adakah sebab saya bertudung orang tak ambil saya berlakon lagi. Saya menjelaskan tak semua orang suka saya dan pada masa sama mungkin tidak ada watak yang sesuai. Saya kata, takkan nak paksa orang mengambil saya berlakon. Tapi anak saya tak faham perkara itu. Bukan apa, selama ini dia sudah biasa mengikut saya ke lokasi penggambaran. Jadi apabila saya lebih kerap berada di rumah dengan menguruskan perniagaan pulut kuning, dia jadi pelik.

Kalau ikutkan dia memang kecewa, tapi saya anggap dia tak faham. Kalau nak tahu sebelum ini dia pernah meminta saya memakai tudung dengan sempurna dan melarang saya berlakon. Jadi dalam situasi anak saya, dia masih keliru. Oleh itu saya memohon maaf bagi pihak anak saya kerana membabitkan pihak lain dalam perkara ini.

Ya, seperti yang anda semua lihat di luar atau sebarang acara yang saya hadiri sebelum ini. Cuma, dalam lakonan saya masih menerima tawaran yang memerlukan saya buka tudung. Bukan apa, saya masih aktif dalam bidang ini jadi tak boleh kata tidak. Salah satu sebab lagi saya tak boleh berhenti berlakon kerana anak saya tak boleh duduk diam di rumah saja. Saya berharap peminat dan masyarakat faham. Saya berterima kasih dengan setiap nasihat dan doa yang diberikan. Bukan apa, bidang ini adalah punca pendapatan saya untuk menyara keluarga.


Azal selalu minta saya bawanya ke lokasi penggambaran
Azal selalu meminta saya membawanya ke lokasi penggambaran orang lain. Dia kata nak berjumpa dengan kru dan pelakon di situ. Pada usianya kini banyak benda dia nak belajar. Ada perkara saya tak boleh kata tidak. Sebabnya nanti dia memberontak dan naik angin. Apa saya boleh lakukan adalah membawanya keluar berjalan.

Apa saja persoalan yang ditimbulkan saya perlu memberi pemahaman. Saya tak boleh marah atau naik tangan. Bimbang nanti jadi perkara lain pula. Mempunyai anak sebegini seseorang perlu tahu menggunakan cara yang betul. Saya secara perlahan-lahan mengingatkan mereka apa perkara yang boleh dan tak boleh.

Saya pernah dicekik. Macam yang dirakam dalam video itu, dia memang memukul saya. Kudrat lelaki memang kuat jadi saya berasa sangat sakit.

Walaupun kedua-duanya autisme tetapi berbeza. Azal seorang hiperaktif tapi dia tak boleh bercakap. Walaupun mereka begitu, saya bersyukur Allah tetap mengurniakan beberapa kelebihan kepada mereka. Azal lebih berdikari orangnya, pandai membawa diri, rajin bangun pagi dan bersolat. Kalau di lokasi penggambaran, dia yang menanda skrip lakonan saya. Malah dia juga sentiasa mengingatkan saya berkenaan jadual dan keperluan yang perlu dibawa ke lokasi. Lagi satu dia mudah ingat dan kenal orang. Kalau nak tahu dia yang lebih teruja nak menghadiri apa saja majlis. Kadang saya malas nak pergi, tapi dia paksa. Azil pula masih bergantung kepada ubat. Namun saya tidak lagi mengizinkan dia mengambil ubat sekerap dulu.

Kadang-kadang saya hanya berdiam dan menangis
Tidak ada sebab tak ada siapa nak berkawan dengan mereka. Jadi saya yang menjadi kawan mereka. Saya perlu sentiasa ada bersama mereka pada setiap masa.

Saya nak kongsikan, pada usia mereka sekarang banyak perkara yang mereka nak cuba lakukan. Sama seperti budak remaja lain. Cuma perilaku mereka berbeza. Sehinggakan kalau di luar ada yang menganggap anak saya gila. Tak terkecuali ada yang memarahi saya kononnya tak pandai menjaga anak. Dalam keadaan begitu saya tak tahu nak memberi reaksi apa. Ada ketika saya menjelaskan keadaan mereka kerana masih ramai tak mengetahui anak sebegini mempunyai sikap sebegitu. Sebaliknya lebih suka berfikiran negatif dan menyalahkan ibu bapa. Kadang-kadang saya hanya berdiam dan menangis.



No comments: