7 PERUBAHAN PADA PAYUDARA KETIKA SEKS
Semua orang tahu fakta yang payudara adalah salah satu bahagian paling erotik pada tubuh wanita. Namun ramai terutamanya lelaki yang tak tahu apa sebenarnya yang berlaku pada payudara ketika hubungan seks. Terdapat beberapa perubahan yang belaku pada payudara wanita dalam hubungan seks. Perubahan ini bermula apabila wanita tersebut mengalami rangsangan dan ghairah.
1. Payudara menjadi lebih sensitif
Sebaik sahaja wanita menjadi ghairah, secara automatik payudara wanita menjadi zon erotik pada tubuh wanita. Secara langsung juga payudara akan menjadi sensitif terhadap sebarang sentuhan, lebih-lebih lagi sentuhan dari luar. Ramai menganggap hanya puting payudara sahaja yang akan menjadi sensitif. Tetapi sebenarnya seluruh bahagian payudara akan menjadi lebih sensitif. Seluruh kawasan payudara akan menjadi sensitif ketika wanita ghairah, bukan sekadar puting payudara! Malah terdapat wanita yang payudaranya menjadi sangat sensitif sehingga tidak boleh disentuh oleh suami. Mereka perlukan lebih rangsangan sebelum membenarkan payudara dibelai suami.
2.Saiz payudara membesar
Mungkin tak ramai yang perasan payudara wanita akan menjadi lebih besar ketika wanita ghairah. Payudara akan mula membesar ketika wanita ghairah. Ketika ini darah akan mengalir dengan lebih laju ke payudara. Ini membuatkan payudara mengembang dan membesar. Tetapi ini tidak hanya berlaku kepada payudara. Perubahan saiz ini juga berlaku kepada organ seksual yang lain, seperti faraj. Ketika wanita benar-benar ghairah dan terangsang, faraj akan membesar dua pertiga daripada saiz asal. Payudara pula akan membesar antara 20 hingga 25%.
3.Payudara berubah warna
Kombinasi hormon estrogen dan aliran darah yang lebih laju pada tubuh wanita akan mewujudkan kesan seperti ruam merah pada bawah payudara. Wanita mungkin tak perasan perubahan payudara ketika seks ni. Malah encik suami pun mungkin tak ambil bab tentang perubahan ni. Perubahan ini lebih ketara pada wanita dengan kulit cerah. Ruam merah ini juga akan muncul pada perut dan leher. Ada juga wanita yang payudara mereka akan kelihatan seperti lebam ketika mereka ghairah. Perubahan ini hanya sementara dan payudara akan kembali kepada warna asal selepas wanita orgasma.
4.Puting membengkak
Pada waktu ini juga bahagian puting akan membengkak. Terdapat wanita yang puting beliau akan membengkak dengan drastik sehingga boleh meliputi puting payudara. Perubahan payudara ketika seks ini berbeza bagi setiap wanita. Ada pula wanita dengan saiz puting yang kecil, dan tidak ketara perubahan yang berlaku puting mereka ketika mereka ghairah.
5.Payudara mengeluarkan feromon
Ini adalah salah satu sebab utama yang buat suami wanita begitu ghairah dengan payudara wanita ketika berasmara. Ketika wanita benar-benar ghairah, payudara wanita akan mengeluarkan feromon untuk menarik pasangan wanita. Wanita mungkin tidak perasan langsung aktiviti ini berlaku. Malah saya pasti ramai yang tak tahu tentang perkara ni. Feromon ini digunakan untuk membuat pasangan wanita lebih teruja dan bernafsu dengan wanita.
6.Payudara menghantar isyarat ke otak untuk mengeluarkan oksitosin
Apabila payudara dirangsang, oleh tangan atau mulut pasangan wanita, simulasi pada payudara akan menghantar isyarat langsung ke bahagian otak. Isyarat ini memberitahu otak supaya mengeluarkan hormon oksitosin. Hormon oksitosin ini lebih dikenali sebagai hormon cinta. Hormon inilah yang membuat wanita berasa gembira, ghairah, dan teruja.
7.Payudara boleh membantu wanita mencapai orgasma
Menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Rutgers di New Jersey, Amerika Syarikat – terdapat satu jaringan wanita puting payudara dan biji kelentit (klitoris). Mereka mendapati sekiranya pasangan merangsang kedua-dua organ seks ini, wanita akan lebih mudah klimaks atau orgasma. Malah terdapat wanita yang boleh orgasma hanya dengan rangsangan payudara! Ada wanita boleh orgasma hanya dengan rangsangan pada payudara.
No comments:
Post a Comment