JENIS DARAH MEMPENGARUHI TAHAP SEKSUAL LELAKI?
Seperti lelaki di negara lain, jutaan lelaki di United Kingdom mengalami masalah ketika melakukan hubungan seks dengan pasangan akibat pelbagai faktor, termasuk umur, kegemukan serta penyakit kronik seperti kencing manis dan kardiovaskular.
Namun melalui kajian perubatan terkini, para saintis bidang perubatan mendakwa ada punca lain yang menjejaskan kemampuan seksual lelaki iaitu jenis darah.
Kajian mendapati lelaki berdarah jenis A, B atau AB mempunyai kemungkinan empat kali ganda mengalami masalah lemah tenaga batin atau mati pucuk berbanding mereka yang darahnya jenis O. Kira-kira 44 peratus lelaki di United Kingdom mempunyai darah jenis O.
Kajian mendapati seorang daripada setiap 10 lelaki mengalami masalah mati pucuk pada satu-satu ketika dalam hidup dengan satu pertiga mengalaminya selepas berusia 40 tahun. Kajian terbaru jenis darah mempengaruhi kemampuan seksual lelaki itu dilakukan pasukan di Universiti Ordu, Turki.
Mereka menggunakan 350 lelaki yang dibahagi kepada dua kumpulan iaitu yang zakar bermasalah untuk tegang dan yang sukar memastikan ketegangan berterusan.
Jenis darah mereka kemudian diperiksa dan hasilnya yang disiarkan dalam Archives of Italian Urology and Andrology, mendapati lelaki yang darahnya jenis A, B atau AB mempunyai kemungkinan empat kali ganda untuk gagal bersama pasangan berbanding mereka yang berdarah O.
Hanya 16 peratus mereka yang berdarah O menghadapi masalah untuk tegang berbanding 42 peratus yang berdarah jenis A. Saintis yang membuat penemuan itu menyatakan fakta itu menyokong kajian sebelum ini bahawa jenis darah juga mempengaruhi kemungkinan risiko sakit jantung.
Tidak dapat dipastikan bagaimana jenis darah boleh mempengaruhi kemampuan seksual namun sejak 100 tahun lalu, saintis mengesyaki ia mempengaruhi kesihatan, termasuk kemungkinan menyebabkan sakit jantung, barah, ketidaksuburan dan ulser. Masalah jantung contohnya, kurang ditemui pada lelaki yang darahnya jenis O.
Mungkin lelaki-lelaki di Malaysia boleh mengubati masalah seksual mereka dengan mula memeriksa jenis darah mereka dan mendapat rawatan yang sesuai.
No comments:
Post a Comment