Tidak ramai yang mengetahui tentang khasiat kunyit dari sudut kesihatan. Jika dulu kunyit hanya dianggap sebagai herba untuk merawat wanita bersalin, kini kunyit diketahui mampu menandingi ubat-ubatan moden kerana ia mempunyai bahan penyembuh yang tidak mengandungi kesan sampingan.
Ramai pakar perubatan Barat mula memandang serius tentang kehebatan kunyit sebagai penawar untuk masalah kesihatan seperti kanser, masalah bengkak pada tangan kaki, penyakit jantung, meningkatkan kecerdasan otak, menstabilkan paras gula, mengurangkan masalah kemurungan dan sebagainya.
Rahsia penawar daripada kunyit ini ialah daripada warna kuningnya yang dikenali sebagai curcumin. Menurut pengkaji herba dari Universiti Oxford, United Kingdom, Professor Gerard Bodeker berkata kunyit adalah salah satu herba penyakit terbaik di dunia dan telah lama digunakan secara meluas terutamanya di beberapa negara di Asia.
Menurut beliau, curcumin adalah bahan aktif utama yang bertanggungjawab untuk menguatkan sistem pertahanan badan daripada serangan penyakit. Ekstrak curcumin di dalam kunyit juga mengandungi polifenol merupakan komponen bioaktif kunyit yang sedia diserap untuk kegunaan tubuh untuk membantu mencegah tanda-tanda awal kanser. Antara faedah kunyit kepada kesihatatan ialah:
1.Penghalang bengkak dan sakit-sakit pada otot, tulang dan sendi
Apabila seseorang mengadu sakit pada sendi, tulang, dan otot, ia sebenarnya berpunca daripada keadaan sel-sel badan yang menjadi bengkak akibat tercedera atau dari tindakan penyakit. Ini menyebabkan badan menjadi merah, bengkak, panas dan sakit. Reaksi ini dipanggil ‘inflammation’ yang sering berlaku kepada mereka yang kerap menggunakan anggota badan seperti tangan yang sentiasa mengendalikan jentera atau kekerapan menaiki tangga. Warga berumur 40-an ke atas biasanya terdedah dengan risiko ini yang akhirnya membawa kepada penyakit kronik seperti arthritis rheumatoid atau sakit sendi kronik. Kebiasaannya ubat-ubatan dan rawatan kemoterapi adalah rawatan yang sesuai untuk menghentikan kesan ‘inflammation’ ini.
Kunyit dengan bahan aktif curcuminnya mampu menghalang kesan ‘inflammation’ ini. Ini kerana curcumin mampu menghentikan aktiviti ‘inflammation’ dengan sempurna dan tidak meninggalkan kesan sampingan kepada tubuh badan. Menurut Dr. Randy J. Horwitz, seorang doktor perubatan dari Pusat Integrasi Perubatan Arizona, Amerika Syarikat mendapati penggunaan kunyit untuk pra-rawatan dapat mengurangkan simptom sakit sendi seperti artritis reumatoid.
2.Antioksidan semulajadi
Menurut sekumpulan pakar perubatan dari Pusat Kanser Texas, Amerika Syarikat mendapati curcumin, salah satu komponen kunyit juga mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel-sel badan. Radikal bebas adalah sekumpulan atom yang dihasilkan dari proses oksidasi (tindak balas kimia di mana pemindahan elektron atau atom hidrogen dari molekul). Radikal bebas bersifat tidak stabil. Apabila bergabung dengan sel-sel badan, ia akan menyebabkan reaksi yang tidak stabil pada sel badan tersebut yang menyebabkan tindak balas berantai yang akhirnya merosakkan sel tersebut. Curcumin mampu menghentikan tindak balas ini dengan memperlahankan dan menghalang tindak balas rantai radikal bebas dengan menggabungkan dirinya pada rantaian radikal bebas. Ini membolehkan sel-sel badan bebas dari radikal bebas dan mengembalikan sel kepada keadaan asalnya.
3.Mampu melawan kanser
Professor Bharat Aggarwal dari Pusat Kanser Anderson Amerika Syarikat telah menjalankan banyak ujikaji terhadap sekumpulan besar pesakit kanser hati yang tidak menjalani proses kemoterapi. Beliau mendapati saiz tumor atau ketumbuhan mengecil dengan sendirinya. Beliau menerangkan bahawa curcumin berkesan untuk melawan beberapa jenis penyakit barah. Kebiasaannya, sel kanser akan imun dengan tindakan bahan anti-kanser apabila ia diserang dari satu arah sahaja. Keadaan ini tidak berlaku kepada curcumin kerana ia mampu mampu menyerang sel-sel kanser dari pelbagai arah, menyebabkan sel-sel kanser mudah dihapuskan dan mencegahnya daripada merebak.
Kunyit membantu meningkatkan fungsi otak dan memori
Kebanyakan penyakit yang dikaitkan dengan memori adalah berpunca dari pengurangan bilangan sel-sel otak yang berhubung dan penurunan tahap hormon peningkat memori otak. Seiring dengan faktor umur, sel-sel otak akan mula menyusut dan akan menyebabkan masalah kesihatan seperti Alzheimer dan nyanyuk jika tidak dirawat. Curcumin merupakan pemacu utama proses Brain-Derived Neurotrophic Factor (BDNF) yang merupakan sejenis hormon pertumbuhan yang berfungsi untuk kekuatan otak. Banyak gangguan dan kelemahan otak dikaitkan dengan tahap penurunan hormon BDNF ini. Ini seterusnya meningkatkan penambahan bilangan sel-sel otak dan mengurangkan risiko mendapat nyanyuk.
4.Membantu mengatasi penyakit jantung
Penyakit jantung adalah pembunuh terbesar di dunia. Kajian selama beberapa dekad dan telah dapat memahami sebab berlakunya penyakit ini. Ternyata penyakit jantung adalah sangat rumit dan terdapat pelbagai perkara yang menyumbang kepadanya. Kajian di Amerika Syarikat mendapati curcumin membantu memperbaiki fungsi endothelium iaitu lapisan saluran darah. Adalah diketahui umum bahawa kerosakan endothelial adalah sebab utama serangan sakit jantung. Ia melibatkan ketidakupayaan endothelium untuk mengawal tekanan darah pembekuan darah dan pelbagai faktor-faktor lain. Berdasarkan kajian-kajian di atas, kita dapat membuat kesimpulan bahawa kunyit sememangnya adalah herba yang mempunyai kesan pemulihan semulajadi yang terbaik. Melalui pengambilan yang berterusan dan teratur, kunyit dapat membantu mengurangkan pelbagai masalah kesihatan yang kita hadapi.
No comments:
Post a Comment