KUALA LUMPUR 27 Mei- Bekas pengurus artis terkenal 90an, Sam Kassim, hari ini meninggal dunia akibat akibat kanser prostat dan hati serta komplikasi jantung.
Sam Kassim atau nama sebenarnya Samsubahri Kassim, 55, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya yang terletak di Bukit Antarabangsa, kira-kira pukul 5.20 pagi tadi.
Selain Erra Fazira, Sam Kassim juga pernah menjadi pengurus kepada Amy Mastura dan Noryn Aziz.
Berpengalaman hampir 30 tahun dalam industri dunia hiburan Sam juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Perhubungan Awam di dua buah syarikat rakaman sebelum ini.
Ketika ini juga Sam masih lagi aktif menguruskan syarikat pengurusan acara miliknya sendiri. Antara artis yang pernah menggunakan perkhidmatan Sam adalah Anuar Zain, Ning Baizura, Aiman Tino dan ramai lagi.
Sementara itu jenazah ketika ini berada di masjid Bukit Antarabangsa untuk dimandikan sebelum dibawa ke kampung halaman yang terletak di Terengganu bagi urusan pengkebumian.
No comments:
Post a Comment