Penjaga gol yang paling disebut-sebut saat ini, Loris Karius akhirnya membuka mulut berkongsi mengenai mimpi ngerinya yang berlaku awal pagi tadi (waktu Malaysia) ketika turun beraksi menjaga gawang Liverpool menentang Real Madrid dalam penentuan juara Liga Juara-Juara Eropah 2017/2018.
Dua kesilapannya meranapkan impian berjuta-juta penyokong The Red yang mengharapkan Magis Istanbul berulang sekali lagi, kali ini di bumi Kiev, Ukraine. Aksi amatur yang dipamerkan Karius pagi tadi berjaya mengangkat lagenda Real Madrid, Zinadine Zidane yang kini bergelar Jurulatih skuad Los Blancos itu untuk menjadi jurulatih pertama menjulang trofi berprestij untuk tiga kali berturut-turut.
Malah Real Madrid sendiri menjadi satu-satunya pasukan yang berjaya merangkul gelaran 'hat trick' Raja Kelab Eropah itu selepas Bayern Munich melakukannya pada era 70-an. Bale yang hadir dari baku simpanan, menjaring dua gol dengan satu gol mungkin paling dikenang dalam perlawanan akhir terus diangkat menjadi Pemain Terbaik perlawanan akhir - dan ya, dia cuma beraksi selama 13 minit.
Namun yang pasti, buat peminat Liverpool dan barisan pemain serta kejurulatihannya, malam bersejarah Real Madrid adalah bencana bagi mereka.
''Saya rasa kosong ketika ini. Hari ini, saya menjadi punca kepada kekalahan pasukan saya.
''Saya memohon maaf kepada semua, kepada rakan sepasukan dan kepada kelab. Kami kehilangan kejuaraan kerana kesilapan yang saya lakukan.
No comments:
Post a Comment